Din Beramboi meninggal dunia

Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi

KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. – Utusan

Ihsan Utusan

Comments

There's 7 Responses to “Din Beramboi meninggal dunia” so far.

  1. x-po Says:

    tak sngka kan, sbb baru je abis raja lawak aritu

    [Reply]

    Hamdi Reply:

    ajal dah tiba
    tapi tuh la, lately nih kat twitter dia pun cam lain macam je
    dia siap ciiter pasal tanda tanda ajal dah tiba
    pape pun, Al-fatihah!

    [Reply]

  2. mohdisa Says:

    semoga arwah beliau dicucuri rahmat. amin

    [Reply]

  3. samanosuke_04 Says:

    haish.. sedeyh beb aku waktu tau brita nie.. sebab tau2 jer dia daa meninggal.. tatau pun pasal penyakit dia tue..

    [Reply]

    Hamdi Reply:

    tuh la
    cam tetiba je kannn

    [Reply]

  4. Faris Says:

    Kenangan paling best lagu Ah Long Bukit Beruntung bersama Afdlin Shauki. Sempat buat untuk hiburkan orang ramai sebelum pemergiannya..

    [Reply]

    Hamdi Reply:

    Kami along along bukit beruntung

    [Reply]

Post your comment



 

Top Commenters